ARIFF HIDAYAT BIN OSMAN
PPP153005
REFLEKSI MINGGUAN
UHPS6013-02
DINAMIKA KEPIMPINAN
(DYNAMICS
OF LEADERSHIP)
TOPIK 8
Team
Leadership (Pengurusan Kumpulan Kerja)
Kumpulan Kerja
Merupakan satu pertubuhan yang memegang tanggungjawab bersama dalam memastikan
hasrat organisasi tercapai sepenuhnya. Kumpulan kerja membina kesepakatan yang
kuat melalui komitmen setiap staf yang ditugaskan. Biarpun bergerak dalam
kumpulan dan mempunyai matlamat yang sama namun kumpulan kerja memerlukan
seorang pemimpin yang berfungsi dalam memastikan akauntabiliti pasukan kerja.
Oleh kerana ia bekerja dalam pasukan maka ia perlu mempunyai nilai
tanggungjawab yang kolektif tanpa prejudis akan skop kerja masing-masing. Semua
orang mempunyai peranan yang tersendiri dan semua orang bekerja ke arah
mencapai sasaran yang satu.
Kepentingan kerja berkumpulan ialah
dapat mengurangkan berlakunya kesilapan besar dalam pemprosesan kerja. Hal ini
kerana setiap isu, akan dilihat, dibincang dan diatasi dalam kumpulan. Ia
menjadikan setiapintervensi yang dirancang mengambilkira pelbagai aspek dari
cadangan serta perspektif lebih dari satu orang. Keputusan kerja akan menjadi
lebih pantas dan penambahbaikan yang berterusan akan dapat dilaksanakan kerana
semua staf terlibat secara langsung. Setiap orang mempunyai tugasan dan
sumbangan tersendiri yang bersesuaian dengan keperluan sasaran matlamat
organisasi.
Kebanyakan inovasi di dalam organisasi terbit dari hasil kerja berkumpulan. Ia
meransang motivasi diri untuk lebih berusaha kerana setiap staf mempunyai rasa
kesepunyaan terhadap projek yang diusahakan. Pastinya setiap orang akan
menghasilkan kerja yang lebih bermutu apabila didorong dengan motivasi yang
tinggi. Apabila sudah termotivasi, maka kepuasan kerja akan wujud secara tidak
langsung dan seterusnya mewujudkan suasana kerja lebih kondusif di dalam
organisasi.
Peranan Pengurus Dalam Mewujudkan
Kumpulan Kerja Yang Efektif.
Pengurus yang hebat biasanya bijak dengan penggunaan pemberian ganjaran. Ini
termasuklah penggunaan ganjaran berbentuk intrinsik dan ekstrinsik. Mereka
kenal staf di bawah pengurusan mereka dan tahu jenis ganjaran yang sesuai untuk
diberikan.
Pengurus perlu kenal pasti dan kekuatan yang ada dalam pasukan. Setiap individu
mempunyai kelebihan tersendiri dan setiap kelebihan mampu menyumbang pada
proses kerja kumpulan. Setiap keunikan dan kelebihan yang ada perlu digunakan
secara optimum dengan penggunaan pendekatan ganjaran yang betul.
Paling penting dalam kerja berpasukan
ialah membangunkan kepercayaan sesama ahli kumpulan. Setiap ahli percaya dengan
kemampuan masing-masing dan saling memberi sokongan bagi memastikan sasaran
kerja tercapai. Sekiranya ada konflik, pengurus kumpulan perlu atasi
dengan segera tanpa membiarkan ia berpanjangan. Selesaikan setiap konflik dan isu
sehingga mencapai kata sepakat yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.
Suasana yang kondusif seperti ini perlu dijadikan norma dalam kerja berpasukan.
Setiap perubahan yang berlaku perlu
diambil cakna oleh ketua kumpulan dan ahli-ahlinya. Setiap perubahan yang
berlaku perlu diperhalusi dengan perbincangan berdasarkan data dan bukan
spekulasi. Sekiranya kumpulan kerja mantap, sudah pasti setiap permasalahan
dapat perbaiki dengan keputusan kolektif yang lebih strategik.
Ketua pasukan akan memastikan tugasan
dapat diselesaikan tanpa gangguan luaran. Ketua pasukan akan memastikan setiap
isu yang berlaku di organisasi tidak akan mengganggu momentum kerja kumpulan.
Sebelum sampai berita atau isu yang kurang menyenangkan, ketua kumpulan akan
merujuk dulu kesahihan berita bagi memastikan setiap informasi dapat
diterangkan dengan mudah di peringkat kumpulan.
Pengurus pasukan menjadikan dirinya
sebagai sumber inspirasi bagi memastikan ahli pasukan menjalankan tanggungjawab
ke arah prestasi yang lebih tinggi. Pengurus pasukan menjadikan diri mereka
contoh yang terbaik agar mereka lebih dihormati dalam pelbagai aspek. Hasilnya,
setiap ahli pasukan akan dapat menyokong keputusan kolektif atau dari ketua
pasukan dengan lebih mudah.
Mengurus Kumpulan Dengan Baik
Paling utama dalam pengurusan kerja
kumpulan yang baik adalah dengan fokus pada tugasan serta projek yang diberi.
Pastikan objektif dan sasaran tercapai. Sekiranya terdapat ralat dan halangan
yang menyukarkan proses kerja maka ia perlu dinilai semula serta dibincang
bersama dalam post mortem.
Sebarang pengaruh perasaan peribadi perlu diketepikan apabila membuat keputusan
dalam kumpulan. Setiap keputusan perlu mendapatkan persetujuan kolektif dengan
mengambil kira pelbagai idea. Setiap keputusan yang diambil berdasarkan data
sokongan yang diperoleh, bukan bersandarkan emosi semata-mata.
Biarpun tiada yang bertanya atau
memberikan pendapat, ketua kumpulan atau pengurus sentiasa membuka ruang kepada
ahli dalam kumpulan memberikan idea. Setiap idea yang diterima perlu diuruskan
dengan baik dan tidak meremehkan idea yang diterima biarpun kurang berkualiti.
Hal ini berkaitan dengan motivasi manusia, sekiranya selalu diketepikan maka
akan terbit perasaan tidak puas hati.
Setiap keputusan perlu dapatkan
persetujuan bersama ahli kumpulan. Ketua kumpulan akan memastikan keputusan
majoriti diambil sekiranya terdapat percanggahan keputusan. Undian majoriti
boleh diambil agar keputusan muktamad dapat dicapai dan disepakati bersama.
Ketua kumpulan merupakan perunding,
penasihat, pembimbing dan fasilitator di dalam kumpulannya. Tingkahlaku yang
baik perlu ditunjuk agar dicontohi oleh semua ahli. Hal ini mewujudkan suasana
yang lebih aman di mana ketua kumpulan akan lebih disegani dan pandangan yang
diberikan oleh beliau diterima baik.
No comments:
Post a Comment