TOPIK 3 LEADERSHIP BEHAVIOUR AND MOTIVATION (TINGKAH LAKU DAN MOTIVASI KEPIMPINAN)

 

ARIFF HIDAYAT BIN OSMAN
PPP153005
REFLEKSI MINGGUAN
UHPS6013-02 DINAMIKA KEPIMPINAN
(DYNAMICS OF LEADERSHIP)

TOPIK 3
LEADERSHIP BEHAVIOUR AND MOTIVATION (TINGKAH LAKU DAN MOTIVASI KEPIMPINAN)


Pendahuluan

Gaya kepimpinan bergantung kepada kemahiran, sifat dan perangai yang ada pada seseorang. Ketiga-tiga faktor ini mempengaruhi cara pemimpin tersebut berinteraksi dengan pekerja di dalam organisasinya. Ia secara tidak langsung menentukan keberhasilan kerja yang akan dicapai dalam organisasi yang dipimpin.

 

Terdapat 3 jenis gaya kepimpinan yang diketengahkan iaitu:

a) University of Iowa leadership styles

b) University of Michigan leadership models

c) Ohio State University leadership model


Gaya Kepimpinan Yang Menjadi Pilihan:

Model Kepimpinan Michigan ialah satu siri kajian kepimpinan yang terkenal yang bermula di Universiti Michigan pada tahun 1950-an. Ia bertujuan untuk mengenal pasti prinsip dan jenis gaya kepimpinan yang membawa kepada produktiviti yang lebih tinggi dan kepuasan kerja yang dipertingkatkan di kalangan pekerja. Kajian mengenal pasti dua gaya kepimpinan yang luas: orientasi pekerja dan orientasi pengeluaran. Ia juga mengenal pasti tiga ciri kritikal pemimpin yang berkesan: tingkah laku berorientasikan tugas, tingkah laku berorientasikan perhubungan, dan kepimpinan penyertaan.

Model Kepimpinan Michigan menyimpulkan bahawa orientasi pekerja perlu dilaksanakan dengan proses penyeliaan berbentuk umum, bukannya secara bersemuka yang lebih rigid. Orientasi pekerja memberi tumpuan kepada elemen pengurusan kerja sumber manusia yang baik, memberi penekanan kepada memenuhi keperluan dan harus dijaga oleh majikan.

 

Sebaliknya, orientasi pengeluaran memberi tumpuan kepada elemen teknikal pekerjaan dan pekerja adalah cara untuk menyelesaikan pengeluaran. Kajian kepimpinan Michigan, bersama-sama dengan kajian Ohio State University yang berlaku pada tahun 1940-an, adalah dua daripada kajian kepimpinan tingkah laku yang paling terkenal dan terus dipetik sehingga hari ini.

 

Walaupun model ini dilihatkan sebagai model yang terbaik namun ia masih mempunyai kekurangan dalam beberapa aspek. Kelonggaran dalam memberi kuasa kepada pekerja untuk menjalankan tugasan secara lebih bebas boleh menyebabkan tugas itu menjadi rumit. Begitu juga, jika pekerja membuktikan bahawa mereka berkebolehan dalam mengendalikan tugas secara berdikari, terdapat juga sedikit keperluan untuk mengawal dan memantau proses kerja secara berperingkat. Hal ini bermakna walaupun kuasa autonomi pelaksanaan kerja diberikan secara meluas namun ia tidak boleh dibiarkan tanpa pengawasan dari pucuk pimpinan organisasi itu sendiri. Ia perlu diletakkan juga had dalam pengurusan autonomi terutamanya dalam aspek membuat keputusan bagi kepentingan organisasi.  

 

Tidak semua model diperakui sesuai untuk semua organisasi dan keadaan. Paling penting kepimpinan perlu boleh berubah dan boleh adaptasi mengikut arus perubahan semasa. Fokus yang perlu diberi perhatian ialah kesungguhan dan komitmen seorang pemimpin itu untuk memastikan organisasi berfungsi mengikut acuan yang diinginkan. 

 

 

 

No comments:

Post a Comment