ARIFF HIDAYAT BIN OSMAN
PPP153005
REFLEKSI MINGGUAN
UHPS6013-02
DINAMIKA KEPIMPINAN
(DYNAMICS
OF LEADERSHIP)
TOPIK 10
CHARISMATIC AND TRANSFORMATIONAL LEADERSHIP (KEPIMPINAN BERKARISMA
DAN BERTRANSFORMASI)
Pemimpin Berkarisma.
Individu berkarisma muncul sebagai pemimpin semasa krisis sosial yang hebat dan
akan memberi inspirasi kepada orang ramai. Mereka akan menawarkan lebih banyak
bantuan dan lebih banyak dorongan lebih dari keadaan biasa.
Karisma pemimpin dipercayai bergantung
kepada sifat tingkah laku seperti tidak mudah berpuas hati dengan status
quo. Mereka sentiasa mempunyai perspektif yang menarik dan idea unik
bersandarkan kepada perasaan empati. Mereka lebih cenderung untuk mencari
intervensi atau strategi yang tidak mengikut cara konvensional supaya dapat
mencapai perubahan yang diingini. Mereka dianggap berani untuk mengambil risiko
demi memastikan kebajikan staf terjaga. Oleh itu mereka amat mengambil
perkiraan yang khusus terhadap keperluan sumber dan cabaran yang bakal dihadapi
agar tercapai perubahan yang diingini.
Pada pendapat saya, pemimpin berkarisma
biasanya merupakan individu yang disegani oleh staf di dalam organisasi. Mereka
berupaya membangkitkan kepercayaan staf terhadap diri mereka. Atas faktor
berikut, mereka mempunyai kemahiran komunikasi luar biasa yang membolehkan usul
yang diberikan diterima oleh majoriti staf.
Pemimpin berkarisma amat menjaga hubungan sesama staf. Mereka akan memastikan
konflik yang berlaku di dalam organisasi dapat diminimumkan dengan segera. Mereka
percaya bahawa organisasi yang produktif memerlukan suasana kerja yang kondusif
di mana semua staf saling memahami dan bertolak ansur.
Keprihatinan yang dimiliki oleh pemimpin berkarisma menjadikan mereka lebih
menonjol berbanding pemimpin lain. Setiap tindakan yang diambil bukan sahaja
prihatin kepada kebajikan staf malah mereka juga amat prihatin dalam usaha
untuk memperkasakan keupayaan orang lain. Hal ini menjadikan mereka amat
disenangi dan terkenal dalam organisasi kerja.
Kepimpinan transformasi VS
berkarisma
Kepimpinan transformasi memberi tumpuan
sebahagian besarnya pada visi pemimpin dan bukannya pada atribusi pengikut.
Pemimpin transformasi terkenal kerana menggerakkan dan mengubah perkara secara
besar-besaran dengan memberi fokus pada visi khas organisasi. Mereka berusaha
untuk mengubah struktur sedia ada dan mempengaruhi orang ramai untuk turut
mempercayai visi yang baharu dan segala kemungkinan baharu.
Berbeza dengan Kepimpinan Berkarisma,
Kepimpinan transformasi berfungsi untuk mengubah status quo dengan menerangkan
kepada staf masalah dalam sistem semasa dan visi yang menarik tentang
kemungkinan organisasi baharu. Mereka akan cuba mempengaruhi pemikiran staf
dengan memberikan inspirasi tentang kemungkinan yang bakal diperolehi sekiranya
bersetuju dengan sasaran yang dirancang.
Kedua-dua pemimpin berkarisma dan
transformasi boleh menyampaikan visi dan membentuk ikatan emosi yang kuat
dengan staf. Namunbegitu, tetapi tidak semua pemimpin berkarisma boleh
memotivasikan pengikut untuk mencapai cita-cita atau keperluan lebih
tinggi yang diidamkan. Sebaliknya, pemimpin berkarisma mempunyai kekurangan di
mana mereka tidak boleh menyatakan visi masa depan dengan lebih menarik. Visi
dan nilai pemimpin transformasi lebih sesuai dengan nilai dan keperluan
pengikut. Atas dasar inilah ada yang berpendapat bahawa semua pemimpin
transformasi adalah berkarisma tetapi tidak semua pemimpin berkarisma adalah
transformasional.
No comments:
Post a Comment