ARIFF
HIDAYAT BIN OSMAN
PPP153005
REFLEKSI MINGGUAN
UHPS6013-02
DINAMIKA KEPIMPINAN
(DYNAMICS
OF LEADERSHIP)
TOPIK 6
COMMUNICATION,
COACHING & CONFLICT SKILLS (KEMAHIRAN KOMUNIKASI, KEJURULATIHAN &
KONFLIK)
A. KOMUNIKASI DAN
KEPENTINGANNYA.
Komunikasi merupakan satu proses penyampaian informasi agar dapat mencapai
maksud tujuan sebenar ia disampaikan. Komunikasi dianggap berkesan sekiranya
mesej yang disampaikan difahami secara sepakat dalam sesebuah kumpulan atau
komuniti.
Komunikasi memperlihatkan kepentingannya dalam beberapa aspek terutamanya
sebagai medium yang membolehkan seseorang (pemimpin) untuk mempengaruhi dan
membina hubungan secara meluas dalam sesebuah komuniti. Hubungan yang baik
sesama ahli komuniti akan mewujudkan suasana kerja yang lebih kondusif dan
produktif. Oleh itu, amat penting bagi seseorang pemimpin mempunyai kaedah
pengurusan komunikasi yang efektif agar penerimaan serta penyampaian informasi
dapat diselenggarakan dengan cekap.
RANCANG MESEJ YANG HENDAK DISAMPAIKAN.
Soalan
yang perlu dopertimbangkan sebelum mula menghantar mesej:
• Apakah matlamat
mesej?
• Siapakah yang
patut menerima mesej itu? Adakah anda telah mengenalpasti semua orang yang
perlu menerima mesej anda?
• Bagaimanakah anda
akan menghantar mesej?
• Bilakah mesej
itu akan dihantar?
• Dimanakah mesej
itu akan dihantar?
KOMUNIKASI SECARA LISAN.
Penyampaian mesej secara lisan merupakan kaedah yang biasa digunakan sewaktu
berkomunikasi namun terdapat beberapa perkara yang perlu diberi
pertimbangan:
a) Jangan bertutur terlalu perlahan atau cepat
b) Pastikan jalinan hubungan telah diwujudkan terlebih dahulu.
c) Fokus pada tujuan komunikasi.
d) Semak kefahaman penerima.
e) Dapatkan komitmen dengan mengadakan tindakan susulan.
B. COACHING DAN KEPENTINGANNYA.
Coaching
ialah proses memberi maklum balas motivasi untuk mengekalkan dan meningkatkan
prestasi. Ia direka untuk mendorong dan memaksimumkan inisiatif pekerja dan
meminimumkan kelemahan yang ada. Kemahiran coaching perlu dilatih dan perlu
dijadikan kemahiran tambah nilai pada seseorang pemimpin.
Beberapa
garis panduan untuk menjadi jurulatih yang berkesan:
1.
Bangunkan hubungan kerja yang menyokong
2.
Beri pujian dan pengiktirafan
3.
Elakkan menyalahkan dan memalukan
4.
Fokus pada tingkahlaku, bukan orangnya
5.
Minta pekerja menilai prestasi mereka sendiri
6.
Beri maklum balas khusus dan deskriptif
7.
Beri maklum balas bimbingan
8.
Menyediakan permodelan dan latihan
9.
Buat maklum balas tepat dan fleksibel
10.
Jangan mengkritik
C. KONFLIK
Konflik
wujud apabila terdapat perbezaan pendapat. Konflik sememangnya tidak dapat
dielakkan kerana manusia diciptakan berbeza latar belakang, idea dan
pengalaman. Oleh itu tidak semua perkara dapat dilihat dengan cara persepktif
yang sama. Namun kejayaan sesebuah organisasi diukur berdasarkan sejauh mana
keupayaan organisasi menangani konflik yang ada. Kemahiran pengurusan konflik
boleh dibangunkan dengan latihan dan bimbingan yang sesuai.
Kebimbangan
ini mengakibatkan tiga jenis tingkah laku:
1.
Keprihatinan yang rendah terhadap keperluan anda sendiri dan keprihatinan yang
tinggi terhadap keperluan orang lain mengakibatkan tingkah laku pasif.
2.
Keprihatinan yang tinggi terhadap keperluan anda sendiri dan kebimbangan yang
rendah terhadap keperluan orang lain mengakibatkan tingkah laku yang agresif.
3.
Keprihatinan yang sederhana atau tinggi terhadap keperluan anda sendiri dan
keperluan orang lain menghasilkan tingkah laku yang tegas.
Setiap
gaya tingkah laku konflik menghasilkan gabungan situasi menang-kalah yang berbeza.
Gaya konflik yang paling sering anda gunakan adalah berdasarkan personaliti dan
gaya kepimpinan. Tiada satu pun gaya pengurusan konflik terbaik untuk semua
situasi.
Lima
gaya pengurusan konflik:
Gaya
mengelakkan konflik
Gaya
konflik yang akomodatif
Gaya
konflik yang memaksa
Gaya
konflik perundingan
Gaya
konflik bekerjasama
D. RUMUSAN
Komunikasi,
coaching dan pengurusan konflik memerlukan latihan dan bimbingan yang sesuai.
Amat jarang sekali seorang pemimpin memiliki kemahiran tersebut secara semula
jadi. Melainkan seseorang individu (pemimpin) telah melalui pelbagai pengalaman
pengurusan dan mendepani setiap isu dengan proses serta situasi yang berbeza.
Namun untuk mencapai peringkat pengalaman seperti berikut pastinya mengambil
masa yang lama dan memakan banyak risiko. Oleh itu, pengurus yang bijak perlu
menyediakan diri dengan menambahkan ilmu pengetahuan dengan menghadiri bengkel
dan seminar berkaitan tiga perkara diatas.
No comments:
Post a Comment