ARIFF
HIDAYAT BIN OSMAN
PPP153005
REFLEKSI MINGGUAN
UHPS6013-02
DINAMIKA KEPIMPINAN
(DYNAMICS
OF LEADERSHIP)
TOPIK 5
CONTINGENCY
LEADERSHIP THEORIES (TEORI KEPIMPINAN KONTIGENSI)
Pendahuluan.
Teori kontingensi
adalah teori organisasi yang berpegang kepada tunjang bahawa sesuatu tindakan
itu bergantung kepada pengurusan pemimpin, pengikut (staf) dan situasi di
tempat kerja atau organisasi. Corak pengurusannya boleh berubah-ubah dan
bergantung kepada persekitaran yang berlaku di dalam organisasi. Oleh kerana
teori ini kelihatan dinamik, maka ia diperlihatkan sebagai cara yang terbaik
dalam menguruskan sesebuah organisasi terutamanya pada aspek penganjuran,
kepimpinan serta membuat keputusan.
Teori ini diperkenalkan oleh Fred Edward
Fiedler yang menekankan kepada corak kepimpinan sesebuah organisasi
bersandarkan kepimpinan melalui tauladan yang baik. Pada masa yang sama juga
majikan atau pemimpin perlu mempunyai kemahiran memberi arahan kepada staf
serta memotivasikan mereka untuk mencapai matlamat yang diidamkan.
Keunikan teori ini ialah ia boleh
mengenal pasti gaya kepimpinan menggunakan model yang disediakan. Fiedler
percaya bahawa gaya kepimpinan boleh ditetapkan dan ia boleh diukur menggunakan
skala yang dipanggil Least-Preferred Co-Worker (LPC) Scale. Model ini mampu
mengenal pasti sama ada gaya kepimpinan seseorang individu iti berorientasikan
hubungan atau berorientasikan tugas.
Kepimpinan berorientasikan tugas bermaksud seorang pemimpin itu amat menekankan
kepada proses pengurusan kerja dalam aspek struktur, peranan dan tanggungjawab.
Keberhasilan tugas menjadi fokus utama dan penggunaan jadual serta pembinaan
pelan strategik yang ketat turut diberi perhatian. Sistem hukuman dan insentif
juga diberi fokus utama dalam memastikan proses kerja dapat diuruskan dengan
baik.
Hal ini amat berbeza dengan kepimpinan berorientasikan hubungan yang memberikan
perhatian kepada urusan jalinan hubungan antara majikan dan staf. Memupuk
hubungan positif adalah keutamaan dan apa jua platform komunikasi menjadi medium
penting dalam mewujudkan kerjasama sesama staf.
Selepas
menentukan gaya kepimpinan dan keadaan situasi, majikan perlu faham tahap
keadaan yang boleh mempengaruhi staf di tempat kerja. Semakin kuat pengaruh
kepimpinan majikan tersebut terhadap staf, maka keadaan akan menjadi lebih baik
buat pemimpin tersebut.
Paling penting, apa jua perubahan yang berlaku disekeliling sebuah organisasi
bergantung kepada gaya kepimpinan majikan dalam organisasi tersebut. Corak
kepimpinan menentukan arah tuju dan keberhasilan yang baik.
No comments:
Post a Comment