EXPERT TALK - LEADERSHIP IN TIMES OF CRISIS AND FACING THE NEXT NORMAL (KEPIMPINAN DI MASA KRISIS DAN MENGHADAPI SITUASI NORMAL SETERUSNYA

ARIFF HIDAYAT BIN OSMAN
PPP153005
REFLEKSI MINGGUAN
UHPS6013-02 DINAMIKA KEPIMPINAN
(DYNAMICS OF LEADERSHIP)

TOPIK 11
EXPERT TALK - LEADERSHIP IN TIMES OF CRISIS AND FACING THE NEXT NORMAL (KEPIMPINAN DI MASA KRISIS DAN MENGHADAPI SITUASI NORMAL SETERUSNYA

Selepas mendengar informasi dari penceramah jemputan, saya berpendapat bahawa terdapat pelbagai jenis pemimpin dan pelbagai cara kepimpinan dalam sesebuah organisasi di dunia. Tidak mengira pelbagai sektor, peringkat dan jenis organisasi, seorang pemimpin akan dinilai berdasarkan kesediaan mereka mengharungi cabaran mendatang. Pemimpin seperti ini perlu sentiasa bersedia dan proaktif dalam mempersiapkan organisasinya agar sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa.

Setiap organisasi tidak boleh lari dari krisis yang bakal dilalui. Setiap pemimpin dan organisasi akan terdedah kepada pelbagai risiko yang boleh menjatuhkan reputasi sedia ada. Namun begitu, pemimpin yang matang akan mengambil pendekatan yang sesuai bagi mencegah dari berlakunya lebih banyak konflik dalam organisasinya. Setiap krisis secara tidak langsung perlu dihadapi dan diselesaikan dengan intervensi yang dibincangkan secara kolektif.

Seorang pemimpin perlu segera bertindak dan cakna kepada kehendak persekitaran organisasi. Setiap krisis yang berlaku pada masa mendatang kadang kala bukan timbul dari risiko dan cabaran yang dijangka. Ada kemungkinan tidak terkandung dalam perancangan strategik organisasi namun ia tetap perlu diselesaikan dengan nilai profesionalisme. Seorang pemimpin perlu menyediakan organisasi mengikut keperluan semasa dan sentiasa bersifat dinamik dalam menguruskan produktiviti organisasi. Paling penting pemimpin boleh menjadikan seluruh organisasi menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku serta tidak bergantung sepenuhnya pada pengaruh rutin pekerjaan terdahulu. 

Peranan pemimpin menghulurkan bantuan dan sokongan kepada staf dalam masa krisis turut dilihat sebagai tindakan yang bijak. Ia bukan sahaja menzahirkan keperibadian yang terpuji malah memberikan manfaat kepada pemimpin dalam memastikan kelansungan produktiviti organisasi. Tindakan sebegini akan membentuk ikatan kepercayaan jangka panjang yang membangunkan motivasi staf untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang.



No comments:

Post a Comment