Refleksi Keseluruhan

Pengalaman saya mengikuti kursus Dinamika Kepimpinan ialah saya mendapat banyak input berkaitan cara-cara menjadi pemimpin yang bersifat dinamik. Setiap pembentangan dari rakan-rakan sekelas memberikan idea berserta contoh yang mudah difahami. Malah pemberian tugasan, terutamanya refleksi mingguan telah membantu saya untuk lebih mendalami maklumat yang disampaikan oleh rakan-rakan. Ini bermakna, melalui refleksi mingguan saya berpeluang menjadi pendengar yang aktif dan dapat membuat rumusan saya sendiri berkaitan setiap tajuk yang dipersembahkan.

Pensyarah yang membimbing program, iaitu Dr Roslizam amat senang didekati. Beliau rajin membantu dan memudahkan urusan kami dalam memahami setiap topik yang dibincangkan. Saya amat senang dengan cara penyampaian dan layanan yang diberikan. Telatahnya turut disenangi dan wujud kemesraan antara beliau dan semua pelajar-pelajarnya.

Saya amat mengesyorkan program ini diambil oleh para pelajar yang ingin mendalami ilmu kepimpinan.

No comments:

Post a Comment