TOPIK 2 LEADERSHIP TRAITS & ETHICS (SIFAT & ETIKA KEPIMPINAN)

 

ARIFF HIDAYAT BIN OSMAN
PPP153005
REFLEKSI MINGGUAN
UHPS6013-02 DINAMIKA KEPIMPINAN
(DYNAMICS OF LEADERSHIP)

TOPIK 2
LEADERSHIP TRAITS & ETHICS (SIFAT & ETIKA KEPIMPINAN)


Terdapat 9 traits atau sifat yang perlu ada pada seorang pemimpin yang efektif. Antara 9 sifat yang perlu ada, saya memilih untuk beri fokus utama kepada emotional intelligence (kecerdasan emosi). 

Emotional intelligence membolehkan seorang pemimipin itu mempunyai kesedaran diri dalam aspek kemampuan peribadi, persekitaran organisasi, pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki. Pemimpin yang mempunyai sifat sebegini akan bertindak mengikut keupayaan sedia ada dan peka terhadap keperluan organisasi. Mereka juga cakna dengan keadaan organisasi dan peka terhadap isu yang dihadapi secara luaran dan dalaman.

Selain itu, pemimpin yang mempunyai emotional intelligence juga berupaya untuk mengawal emosi diri terutamanya dalam mengurus permasalahan yang berkaitan dengan pengurusan organisasi. Emosi yang terkawal mampu memberikan idea dan input dengan wajaran yang lebih baik berbanding sifat sebaliknya. Mereka juga dilihatkan lebih bermotivasi dan terbuka dalam menerima apa jua perubahan yang bakal berlaku pada persekitaran kerja. Pemimpin yang bermotivasi akan memastikan proses kerja berjalan dengan lancar dan tidak mudah putus asa terhadap halangan yang menimpa. Mereka lebih bersemangat  dalam mengharungi cabaran kerja dan sifat sebegini mampu memberikan motivasi kepada sumber manusia di dalam organisasi tersebut.

Antara faktor penting yang memnyebabkan saya memilih emotional intelligence ialah pemimpin seperti ini mempunyai perasaan empati dan belas ihsan yang tinggi. Sifat ini amat diperlukan oleh seorang pemimpin terutamanya terhadap organisasi yang banyak berurusan dengan manusia. Sifat ini membolehkan pemimpin tersebut lebih dihormati di kalangan pekerja dan memudahkan pengoperasian kerja berjalan dengan lebih baik.

Akhir sekali, tidak dinafikan bahawa pemimpin yang mempunyai emotional intelligence mempunyai kemahiran sosial yang sangat tinggi. Pemimpin seperti ini lebih digemari dan senang didekati kerana sifat empati yang dimiliki. Hal ini menjadikan mereka senang berurusan dengan pekerja bawahan dan mendapat kerjasama yang baik.

Dalam sebuah organisasi peraturan dan etika kerja perlu ada. Melalui pematuhan terhadap etika kerja, barulah integriti terhadap pemprosesan kerja akan muncul. Begitu juga sebaliknya, sekiranya etika kerja tidak diberi penekanan maka integriti akan menjadi isu dalam pengurusan kerja sebuah organisasi.

Oleh itu, saya sangat bersetuju dengan konsep kepimpinan melalui tauladan. Pemimpin terlebih dahulu menunjukkan etika dam contoh kerja yang baik sebelum cuba menerapkan peraturan yang sama pada staf bawahan.

 

 

No comments:

Post a Comment