ARIFF
HIDAYAT BIN OSMAN
PPP153005
REFLEKSI MINGGUAN
UHPS6013-02
DINAMIKA KEPIMPINAN
(DYNAMICS
OF LEADERSHIP)
TOPIK 7
DYADIC
RELATIONSHIPS, FOLLOWERSHIP AND DELEGATION (HUBUNGAN DYADIC, PENGIKUT DAN
DELEGASI)
Pendahuluan.
Pengurus atau majikan merupakan individu yang bertanggungjawab merancang,
mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber-sumber manusia, kewangan, fizikal
dan maklumat dalam organisasi ke arah pencapaian matlamat organisasi.
Mereka yang memberi arahan kepada
organisasi, memimpin dan membuat keputusan berkaitan proses kerja dan tatacara
yang perlu dibuat bagi memastikan setiap sumber digunakan secara optimum,
mengikut manfaat yang ditetapkan.
Dalam memastikan organisasi dan setiap sumber beroperasi secara optimum maka
sistem hubungan yang baik merupakan keperluan yang sangat penting. Hubungan
yang baik mampu menjalinkan dua individu atau lebih ke arah capaian matlamat
organisasi yang lebih ampuh. Malah melalui hubungan yang baik, pengurus dapat
membentuk kesepakatan yang kukuh dalam organisasi. Organisasi yang mempunyai
sumber tenaga yang sepakat akan dapat mengharungi pelbagai cabaran dalam
mendepani arus perubahan yang serba canggih. Hal ini akan mewujudkan suasana
kerja kondusif yang mampu mendorong motivasi pekerja agar berkhidmat dengan
lebih dinamik.
Teori Dyadic
Teori Dyadic menjelaskan mengapa pemimpin mengubah tingkah laku mereka terhadap
pengikut yang berbeza. Ini bermaksud tidak semua pekerja yang berkhidmat dalam
organisasi boleh dijalinkan hubungannya dengan pendekatan yang sama. Pemimpin
yang bijak akan mengenalpasti cara yang sesuai untuk menjalinkan hubungan yang
baik sesama staf kerja.
Pendekatan Dyadic
Ada 4 tahap pendekatan:
a. Vertical Dyadic Linkage
Theory
Pada tahap ini seorang pemimpin akan menguruskan staf di organisasi kerja
dengan mewujudkan interaksi in-groups dan out-groups.
In-groups terdiri dari golongan staf yang bermotivasi tinggi, staf dari
kumpulan harapan, mempunyai jalinan hubungan baik dengan majikan. Manakala
out-groups terdiri daripada golongan staf yang kurang menjadi harapan
organisasi, kurang mesra dengan majikan dan hubungan mereka dengan organisasi
sekadar hal kerja (task oriented) tanpa wujud rasa kesepunyaan.
Namun kedua-dua kumpulan perlu diadakan jalinan hubungan bersama pemimpin tanpa
membiarkan mereka melaksanakan pengurusan secara sendirian.
Pada tahap ini seorang pemimpin akan menguruskan staf di organisasi kerja
dengan mewujudkan interaksi in-groups dan out-groups.
In-groups terdiri dari golongan staf yang bermotivasi tinggi, staf dari
kumpulan harapan, mempunyai jalinan hubungan baik dengan majikan. Manakala
out-groups terdiri daripada golongan staf yang kurang menjadi harapan
organisasi, kurang mesra dengan majikan dan hubungan mereka dengan organisasi
sekadar hal kerja (task oriented) tanpa wujud rasa kesepunyaan.
Namun kedua-dua kumpulan perlu diadakan jalinan hubungan bersama pemimpin tanpa
membiarkan mereka melaksanakan pengurusan secara sendirian.
b. Leader-Member Exchange (LMX)
Teori pertukaran pemimpin-ahli (LMX) ialah pendekatan berfokuskan
berasaskan hubungan dua hala (dyadic) antara pemimpin dan pengikut. Teori
pertukaran pemimpin-ahli (LMX) membolehkan pemimpin dan pengikut
berkenalan dan saling memperhalusi peranan masing-masing. Melaluinya akan wujud
saling mempercayai, kesetiaan dan rasa hormat dalam organisasi.
Paling menarik dalam LMX ialah pengikut
berusaha untuk menonjolkan imej yang baik untuk meningkatkan hubungan jangka
panjang dengan pemimpin manakala pemimpin akan untuk menunjukkan respon
kepada pengikut bahawa berkeyakinan dengan kemampuan staf tersebut. Hasilnya
wujud persekitaran kerja yang kondusif apabila pekerja atau
staf menyokong, menghargai dan menghormati pemimpin. Pemimpin pula
memperlihatkan suri teladan yang baik kepada organisasi kerja.
c.Team Building
Pembinaan pasukan atau team building berfungsi untuk meningkatkan prestasi
dalam persekitaran organisasi kerja. Ia merupakan salah satu asas pembangunan
organisasi yang boleh diaplikasikan dalam kerja berkumpulan seperti pasukan
sukan, unit tentera atau kru kerja. Aktiviti Pembinaan Pasukan memberikan kesan
yang paling kuat untuk meningkatkan prestasi organisasi. Ia termasuklah kepada
usaha-usaha untuk menigkatkan prestasi kerja berkumpulan, penetapan sasaran
kerja dalam organisasi dan banyak lagi.
Keberkesanan pembinaan pasukan adalah berbeza antara satu organisasi dengan
organisasi yang lain. Namunbegitu, usaha yang paling berkesan terlihat apabila
ahli pasukan saling bergantungan, berpengetahuan, berkongsi berpengalaman dan
kepimpinan organisasi secara aktif menyokong pasukan yang dibina.
Pembinaan pasukan yang berkesan ialah
apabila semua ahli kumpulan jelas dengan objektif pasukan. Pasukan akan bekerja
untuk membangunkan matlamat, peranan dan prosedur yang sama. Hasilnya, sasaran
kerja akan tercapai berdasarkan objektif yang lebih jelas dan setiap orang
menjalankan fungsi dengan baik.
d. Systems and Networks
Hubungan pemimpin tidak terhad kepada pekerja, tetapi termasuk rakan sebaya,
pelanggan, pembekal dan pihak berkepentingan lain yang berkaitan dalam komuniti
yang lebih luas. Organisasi ialah sistem bahagian yang saling berkaitan.
Pemimpin yang berkesan perlu membina hubungan yang berkesan dengan kumpulan
lain dan ahli luar untuk mendapatkan sokongan dan sumber.
Jalinan kerjasama di antara pemimpin dan staf mewujudkan ‘esprit de corp’
atau kerja pasukan yang dapat membantu memajukan bakat dan perkembangan
kemahiran staf. Pemimpin memberikan kepercayaan dan motivasi untuk staf di
bawahnya menjalankan tugas dengan berkesan. Apa yang selalu ditekankan adalah
nilai amanah, kejujuran dan ikhlas dalam menjalankan tugas dan kejayaan hanya
akan dapat dicapai melalui pengorbanan dan semangat kerjasama.
Delegasi Tugas (Delegation)
Ia merupakan satu proses menyebarkan tugas kepada staf mencapai objektif
organisasi. Delegasi tugas dilaksanakan bagi membolehkan lebih banyak masa
difokuskan kepada tugasan yang mempunyai keutamaan yang lebih tinggi.
Pembahagian tugas yang terancang membolehkan produktiviti dapat ditingkatkan
dengan lebih baik. Pada masa yang sama, delegasi tugas atau pembahagian tugas
ini dapat melatih dan memberikan pengalaman kepada staf tentang deskripsi tugas
yang ada dalam organisasi.
Sebelum memulakan pembahagian tugas,
pemimpin perlu bertindak secara efektif dengan menerangkan keperluan sesebuah
tugasan itu dibuat. Selepas itu, sasaran dan objektif perlu ditetapkan dengan
mengikut garis masa dan bidang kuasa tugasan. Setiap kali proses dijalankan,
pemantauan perlu dilaksanakan bagi memastikan semua staf menjalankan tugas seperti
mana yang dipertanggungjawabkan. Oleh itu, seorang staf di peringkat
pertengahan perlu ditugaskan sebagai pemantau kerja dengan sentiasa memberi
informasi terkini berkaitan perkembangan tugasan yang dibuat.
No comments:
Post a Comment