ARIFF
HIDAYAT BIN OSMAN
PPP153005
REFLEKSI MINGGUAN
UHPS6013-02
DINAMIKA KEPIMPINAN
(DYNAMICS
OF LEADERSHIP)
TOPIK 1
INTRODUCTION TO LEADERSHIP (PENGENALAN KEPADA KEPIMPINAN)
Kepimpinan dan Kepentingannya
Kepimpinan ialah suatu proses mempengaruhi pengikut dalam mencapai objektif dan
sasaran organisasi. Ia amat diperlukan bagi memastikan perubahan yang dirancang
dapat disesuaikan dengan suasana kerja dan sumber manusia di dalam sesebuah
organisasi. Secara tidak langsung, kepimpinan ini dapat mempengaruhi staf
organisasi dalam proses penerimaan idea, pemberian sokongan dan memotivasikan
pengikut agar mengikut agenda yang dirancang.
Selain
itu, kepimpinan amat penting bagi menyelesaikan permasalahan situasi kerja
terutamanya di kalangan staf atau pun berkaitan hasil produktiviti. Kepimpinan
yang berpengalaman dan berpengetahuan akan memastikan setiap isu yang berlaku
di dalam organisasi ditangani secara diplomasi tanpa menimbulkan suasana yang
kucar kacir. Pemimpin yang berpengalaman akan memastikan setiap cabaran dan isu
tidak akan mengganggu gugat prestasi produktiviti organisasi. Semua perkara
boleh diselesaikan dengan perancangan yang teliti bagi memastikan setiap sumber
tenaga berpuas hati dengan pekerjaan yang dipertanggungjawabkan. Sumber manusia
yang berpuas hati dengan kepimpinan organisasi akan menghasilkan pengurusan
kerja yang berjaya dan mengurangkan kadar pemberhentian kerja.
Saya
berpendapat bahawa pemimpin yang hebat bukan sahaja boleh mempengaruhi staf
untuk menyokong tindakan mereka, malah dapat memupuk rasa kepunyaan staf
terhadap organisasi kerja. Pekerja yang mempunyai rasa tanggungjawab yang
tinggi terhadap organisasi akan memastikan hasil kerja mereka sentiasa di tahap
yang cemerlang. Amat beruntung bagi sesebuah organisasi mempunyai staf dan
pengurusan kepimpinan yang sanggup memberikan fokus sepenuhnya bagi mencapai
sasaran organiasi.
Majikan yang baik akan membimbing pekerja bawahannya tentang kemahiran
kepimpinan yang diperlukan. Mereka akan membuka peluang kepada pekerja untuk meningkatkan
pengetahuan melalui aktiviti berbentuk pembangunan profesional. Disamping itu,
majikan akan berkongsi tanggungjawab kepimpinan dengan melaksanakan pembahagian
tugas pada peringkat pentadbiran. Hal ini akan meningkatkan motivasi staf
apabila mereka secara tidak langsung diberikan pengiktirafan untuk turut serta
membuat keputusan berkaitan organisasi bagi pihak pentadbir.
Perbandingan Antara Ketua dan Pemimpin
Seorang ketua akan memberi fokus kepada pengurusan mentadbir sesebuah organiasi
manakala seorang pemimpin bukan sahaja akan mengurus organisasi malah akan
melaksanakan perubahan sekiranya dilihatkan perlu. Ketua akan cuba sebaik
mungkin untuk mengekalkan keadaan persekitaran organisasi manakala seorang
pemimpin akan sentiasa berinovasi dan memberikan inspirasi kepada staf di
tempat kerja.
Seorang ketua lebih cenderung untuk mengawal persekitaran kerja dengan
memastikan setiap arahan berkaitan organisasi datang dari mereka. Seorang
pemimpin pula akan menggalakkan perkongsian idea atau pendapat secara kolektif
dalam menentukan hala tuju organisasi. Keadaan ini akan mewujudkan rasa
kepunyaan dan sayang kepada organisasi oleh staf yang bertugas.
Seorang ketua amat jarang untuk berani mengambil risiko dalam apa jua
keputusan. Ini berpunca dari kurangnya dapatan idea yang pelbagai dalam membuat
keputusan. Seorang pemimpin dilihat berani mengambil risiko kerana mereka yakin
dengan keputusan yang diambil kesan dari pilihan dan perspektif yang luas.
Setiap keputusan yang diambil bersandarkan idea yang telah dibincang secara
berkumpulan dan dipersetujui secara kolektif sesama staf di organisasi. Semua
staf berusaha dan bersatu hati dalam memastikan perubahan yang lebih baik
berlaku dalam organisasi kerja.
Oleh
kerana seorang pemimpin berani mengambil risiko maka perspektif mereka
berkaitan kemenjadian dan kecemerlangan organisasi melalui perancangan jangka
panjang yang lebih teliti. Seorang ketua akan berasa ragu-ragu dengan tindakan
yang diambil dan kebanyakkan usaha mereka fokus pada kemenjadian jangka masa
pendek. Seorang ketua lebih gemar menunggu dan meniru dari organisasi yang
telah berjaya kerana mereka amat takut dengan risiko kerugian. Hal ini
menjadikan mereka kurang menyerlah dan suka bersikap menunggu dalam
menyelesaikan isu. Seorang pemimpin pula akan mencabar status quo dan akan
mengambil langkah besar, mendahului organisasi lain dalam mendepani sebarang
isu.
No comments:
Post a Comment