ARIFF
HIDAYAT BIN OSMAN
PPP153005
REFLEKSI MINGGUAN
UHPS6013-02
DINAMIKA KEPIMPINAN
(DYNAMICS
OF LEADERSHIP)
TOPIK 4
Influencing:
Power, Politics, Networking and Negotiation (Mempengaruhi: Kuasa, Politik,
Rangkaian dan Rundingan)
Pendahuluan
Apabila ingin dibandingkan antara pengaruh Power Position dengan Personal
Power, saya lebih cenderung kepada peluasan pengaruh melalui Personal Power.
Sehingga kini saya percaya bahawa melalui kepimpinan bertauladan, seorang
pemimpin itu akan dapat mempengaruhi sikap dan cara pemikiran staf dalam
organisasi kerja. Pada akhirnya ia mempengaruhi cara proses kerja sebuah
organisasi lantas membolehkan matlamat organisasi dicapai dengan lebih
berkesan.
Melalui
pengaruh Personal Power, pemimpin akan dapat mengeratkan hubungan dengan staf
di dalam organisasi dan secara tidak langsung akan dapat menzahirkan rasa
hormat antara satu sama lain. Perasaan ini akan mewujudkan suasana kerja yang
lebih kondusif, mesra dan kurang tekanan. Secara tidak langsung menggalakkan
perasaan kepunyaan terhadap keberhasilan organisasi.
Namun
ia tidak bermakna Power Position merupakan pendekatan yang tidak bagus. Power
Position turut mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Melalui Power Position pengurusan
organisasi akan menjadi lebih sistematik kerana diuruskan oleh seorang pemimpin
autonomi. Dalam konteks ini, setiap perubahan yang dibuat dapat diselaraskan
secara total mengikut ketetapan nilai budaya pemimpin itu sendiri.
Justeru, kepimpinan memainkan peranan utama dalam memastikan kejayaan pengurusan
perubahan di sesebuah organisasi.
Hubungan Antara Kuasa Dan Politik
Kuasa dan politik biasa digunakan dalam kepimpinan sebuah organisasi
melalui peluasan jaringan hubungan dalam bentuk sosialisasi di kalangan
pemimpin dan staf dibawah pengurusannya. Selain itu jalinan kesefahaman dan
kesepakatan juga merupakan komponen penting dalam memastikan pengaruh dan kuasa
dapat diuruskan secara kondusif dalam organisasi.
Pengurusan
kuasa dan politik dalam organisasi merupakan kemahiran yang perlu dipelajari
dan dipertingkatkan. Ia menyumbang banyak manfaat sekiranya dapat diurus dan
digunakan secara berhemah. Antara manfaat yang bakal diperolehi:
a) Pemupukan budaya persaingan kerja yang lebih sihat dan kondusif
b) Pemahaman yang baik terhadap matlamat dan visi organisasi
c) Pembinaan hubungan yang baik antara pemimpin (majikan) dan staf
d) Melahirkan rasa kepunyaan dan kecintaan terhadap organisasi kerja
Jaringan Dan Perundingan Dalam
Organisasi
Pembinaan jaringan dan keupayaan melaksanakan perundingan dalam organisasi
yang bagus merupakan kemahiran yang perlu dibangunkan. Ia merupakan kunci
penting dalam memastikan proses pengurusan kerja dari peringkat bawah hingga
tahap tertinggi pengurusan dilaksanakan mengikut standard yang
ditetapkan. Ia juga secara tidak langsung mewujudkan kesejahteraan
di tempat kerja dan membentuk kawalan minda seseorang ke arah memaksimumkan
prestasi kerja dan mencapai potensi diri.
No comments:
Post a Comment